Sunday, May 18, 2008

Sejarah Batik

Sejarah Batik Kelantan


Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.


Motif


Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.


Contoh Motif Organik.

Motif Ayam

Motif Bunga Buluh

Motif Bunga Kerak Nasi
Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Orkid
Motif Bunga Raya
Motif Daun Sireh
Motif Geometrik
Motif Pucuk Rebung
Motif Rama-rama
Motif Siput


Motif Ayam

Contoh Motif Geometrik.

Motif Pucuk Rebung
Motif Bunga Kotak Bercampur




Motif Bunga Raya


Motif Siput


Motif Pucuk Rebung





Corak


Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.


Antara corak-corak yang sering digunakan.

Corak Berdiri
Corak Jalur
Corak Melintang
Corak Menyeluruh
Corak Menyerong
Corak Tompok-tompok
Corak Ulangan Batu-bata
Corak Ulangan/Selang seli



Blok penerap batik


Proses Membuat


Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

Blok penerap
Campuran lilin
Kain
Pencelup
Sebuah Meja



Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.


Penjenisan Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis.


Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.




Proses menerap kain menggunakan blok corak

Batik Conteng


Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.




Proses mencanting kain

Batik Skrin


Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.


Penggunaan



Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.


--Sumber ini didapati di dalam laman web untuk dikongsi bersama--

Diva Relax Steam Sauna




Sauna Pilihan Utama Salon dan Peminat Sauna di Malaysia!!

DIVA RELAX STEAM SAUNA…. Merupakan gabungan kaedah Moden & Tradisional yangtermudah dengan harga yang amat berpatutan. Ianya mudah dipasang, diguna dan disimpan.

DIVA RELAX STEAM SAUNA sungguh pratikal dari segi kos

dan masa. Bersama / Mandi Wap sama seperti anda berjoging atau bersenam iaitu mengeluarkan

peluh Cuma kaedahbya saja yang berbeza. Bersauna lebih mudah dan menjimatkan masa.

Harga yang terendah dipasaran telah memberi peluang kepada ramai peminat-2 Sauna menikmati

Sauna di rumah dengan pravasi dan mudah Berat badan akan turun sekiranya anda bersauna

secara konsisten atau tetap setiap minggu 3-4 kali seminggu. Bersauna secara konsisten akan

memecahkan lemak-lemak baru & lama. Ini boleh membantu mengelakkan dari penyakit jantung ,

darah tinggi & strok.

HOME SWEET HOME MINI SPA, seperti di SPA…. Tanpa perlu

berbelanja lebih. Harga yang berpatutan tetapi berkesan seperti sauna mahal, anda mampu jadikan

rumah anda seperti di pusat Spa… Anda sebernanya tidak perlu mencari masa tertentu untuk

memandu, mencari tempat meletak kereta dan menunggu giliran di Spa atau beuty center utk

hanya mandi wap / bersauna. Usah biarkan anda kehilangan masa sehingga berjam-jam

sekiranya anda boleh dapatkan faedah ini hanya dengan 20 minit, berulang kali Cuma dgn

SEKALI MEMBAYAR SERIBU KALI MEMAKAI… mengkagumkan…!!!

APA TUNGGU LAGI….Kini anda boleh bersantai sambil bersauna hanya di rumah kerana

DIVA RELAX STEAM SAUNA… mempunyai rekabentuk yang

unik, harga yang berpatutan, mudah dipasang, adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Anda mampu lakukan mandi wap, bertanggas (untuk ibu lepas bersalin), membuang toksik

dalam badan, membakar lemak, melancarkan peredaran darah mengurangkan berat badan

hanya dari rumah sambil menonton TV atau membaca surat kabar atau majalah.

Sila perhatikan manafaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan

kegiatan aktiviti bersukan yang lain :

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori.
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 - 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori.
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori.

Sudah terbukti bersauna mampu membakar lebih kalori berbanding aktiviti bersukan yang lain

dan dalam tempoh yang lebih singkat. Biarkan wap panas melaksanakan segala kerja untuk anda

dan anda hanya relax atau membaca atau menonton TV di di dalam keselesaan rumah anda,

terhindar dari hiruk pekok kesibukan kenderaan dan udara yang tercemar.
Harga yang berpatutan tetapi berkesan seperti sauna mahal, anda mampu jadikan rumah anda

seperti di pusat spa.

KHASIAT BERSAUNA

Mengkagumkan!!

Pelbagai khasiat dan kelebihan bersauna hanya di rumah anda dengan suasana penuh privasi...

1. Untuk Kecantikan
- Mencantikkan kulit, menanggalkan daki-daki pada celah-celah badan seperti ketiak, paha, tengkuk, jeragat di muka & melancarkan peredaran darah.

2. Untuk Pelangsingan Badan
- Membakar lemak (sehingga 600 kalori), sama seperti berjogging sejauh 5 km! Paling berkesan untuk kuruskan badan.

3. Untuk Kesihatan
- Mengurangkan demam, selsema, lendir, kahak, alahan hidung, migrain, mengeluarkan toksik, mengurangkan sengal-sengal, sakit sendi, meningkat metabolisma, meningkat pengaliran darah, memcahkan lemak lemak, kolestrol baru dan lama, mengurangkan berlaku penyakit jantung,

strok dan darah tinggi, anti penuaan dan masalah tidur.

4. kepada Wanita Lepas Bersalin
- Mengecutkan perut, rahim, paha, menyembuhkan luka-luka dalaman, menjadikan ibu lebih bertenaga & cergas.

CARA PENGGUNAANNYA MANDIAN SAUNA/WAP

Minum segelas air suam sebelum melakukan mandian wap ini.
Masukkan seuncang herba sauna kedalam air dan didihkan selama 5 minit, setelah wap keluar, bolehlah mula menggunakannya… gunakan selama 20 minit – 30 minit.
Rehat 15minit selepas penggunaan serta minum segelas lagi air suam.
Boleh diteruskan samada melakukan urutan ataupun mandian .


MANDIAN HERBA/AIR SERUNG

Masukkan seuncang herba kedalam air mendidih selama 5 minit agar khasiat herba keluar kesemua nya. Kemudian campurkan air rebusan tadi kedalam baldi dan di campur dengan air biasa agar suam-suam kuku sebelum di jadikan air mandian pada seluruh anggota badan.

BERTANGAS
Rebuskan segenggam herba dalam periuk dan didihkan selama 10 minit.
Kemudian bolehlah di lakukan amalan bertangas mengikut kesesuaian pengguna samada secara duduk atau berdiri.

TIPs :-

Amalan Kesihatan /For Health :
Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali. Tiga(3)

penggunaan seminggu sememangnya sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya

setiap kali anda melakukan mandian. Minum air secukupnya sebelum dan selepas

penggunaan herbal sauna.

Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan. Penggunaan ketika

kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang

sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.

Untuk Mengurangkan Berat Badan/For Weight Reduction:

Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama

10 ke 20 minit lagi . Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.

Herba Sauna & kandungannya


Herba Sauna Dalam Uncang!!! RM30. - 10 uncang

Herba Sauna & kandungan nya
1. Bonglai (Oroxylum indicum) 2. Jeringau (Acorus Calamus)
3. Serai Wangi (Cymbopogon nardus) 4. Pandan Wangi (Pandanus Odorus)
5. Limau Purut (Daun & Buah) (Citrus Hystrix) 6. Limau Kasturi
7. Limau Barli 8. Limau Nipis
9. Halia Bara 10. Ibu Kunyit
11. Daun Asam Jawa 12. Plai (Daun Thailand)
13. Daun Cina Maki(halus kulit)
KHASIAT
- Memulihkan peredaran darah dan melancarkan sistem pencernaan didalam badan
- Merehatkan otot-otot tubuh
- Mengurangkan stress
- Melegakan penyakit kulit
- Menghalus , merangsang serta memutihkan tekstur kulit
- Membuang angin di dalam badan
- Mengecutkan vagina dan menguatkan otot-otot rahim
- Mengurangkan masalah keputihan
- membantu pengurangan berat badan melalui perpeluhan apabila ia digunakan secara teratur

dan selamat

~ Sumber ini didapati di dalam laman web untuk dikongsi bersama ~

Jika anda ingin miliki Diva Relax Steam Sauna &

menjadikan rumah anda spt Mini Spa…

utk keterangan lanjut sila ~ sms – 019 – 2814086 – Lennaz

email – suzlenaj@gmail.com